cARa-cARA MenguRAngkAN dEMam =)
1. Lakukan tapid sponging dengan menggunakan kain yang telah dibasah pada dahi,ke2 belah ketiak,ke2 belah
celah peha.
2.Galakkan memakai baju yang nipis
3.Halakan kipas kepada badan
4.Galakkan pengambilan air seabanyak 1500-2000 ml
5.Galakkan mandi jika larat.
6.Pengambilan ubat paracetamol @ lebih popular panadol untuk mengurangkan demam
Thursday, 19 April 2012
MAKANAN SEIMBANG UNTUK BAYI 6-12 BULAN
•
Adalah
makanan yang mengandungi 3 kumpulan zat makanan dalam kadar yg diperlukan untuk
mengekalkan kesihatan tubuh badan.
•
Apabila
merancang makanan bagi seseorang individu, 2 perkara utama hendaklah
dipertimbangkan
–
Tentukan
bil kalori makanan itu:-Jumlah kalori yang akan diberi perlu sesuai dengan
keperluan kalori sehari
–
Tentukan
amaun kalori yg boleh diperolehi dari bahan protein, karbohidrat &
vitamin:- mengikut adat resam makanan rakyat malaysia.
–
Protein :- 1/5 ( 20 % jumlah kalori )
–
Vitamin :- 1/5 ( 20 % jumlah
kalori )
–
Karbohidrat :-3/5 ( 60 % jumlah kalori )
–
Cth:-
60/100 x 2000 = 1200 kk karbohidrat
–
Cth:-
20/100 x 2000 = 400 kalori protein & vitamin
400+400+1200 kk = 2000 kalori
•
6 – 12
bulan ( sukatan kementerian kesihatan )
•
Mengubah
polisi penyusuan susu ibu secara eksklusif 1-4 bulan
Makanan lengkap
> bayi berumur 6 bulan
DEFINISI MAKANAN PELENGKAP (WEANING DIET)
Makanan
pelengkap adalah makanan yang diberikan kepada bayi dalam bentuk pepejal atau
separuh pepejal selain daripada susu ibu atau susu formula.
TUJUAN PEMBERIAN MAKANAN PELENGKAP UNTUK BAYI
ADALAH
1.
Untuk membiasakan bayi merasa pelbagai jenis bahan makanan
2.
Untuk mengajar bayi mangunyah dan menelan.
3.
Membekalkan tenaga yang diperlukan oleh bayi untuk tumbesaran.
4.
Membina otot-otot,tulang kaki dan darah yang sempurna.
5.
Melindingi bayi dari penyakit dan jangkitan serta menjaga kesihatan
kulit dan mata.
PRINSIP-PRINSIP MAKANAN PELENGKAP
1.
Penyusuan diterskan seperti biasa.
2.
Memperkenalkan pelbagai jenis makanan sattu demi satu secara
perlahan-parlahan.
3.
Memberi makanan sedikit demi sedikit.
4.
Makanan yang diberikan sebelum masa penyusuan.
5.
Buah-buahan boleh diberikan pada bila-bila masa.
3 KUMPULAN MAKANAN SEIMBANG
•
GO
–
Memberi
tenaga cth:-
–
beras-bubur.
•
GROW
–
Membina
badan cth:-
–
Haiwan :-
lembu,ikan kembung,susu.
–
Tumbuhan
:- kekacang ( merah/putih).
•
GLOW
–
Menjauhkan
penyakit cth:-
–
Buah-buahan:-
betik,pisang.
–
Sayur-sayuran:-
bayam,lobak.
•
Perlu
diketahui bahawa tidak ada 1 bahan makanan yang boleh membekalkan kesemua
nutrien yang diperlukan.
–
Cthnya:-
susu yg merupakan sumber kalsium yg sangat baik ttp tidak membekalkan ferum yg
cukup. Manakala daging boleh membekalkan ferum ttp tidak kalsium.
•
Oleh
itu,diet yg mengandungi pelbagai makanan akan dapat membekalkan kesemua nutrien
yg diperlukan serta memberi pelbagai rasa & tekstur yg tidak bosan.
IMBANGAN
•
Diet yg
seimbang meliputi jumlah makanan yg sesuai dari aras makanan yg terdapat dalam
piramid iaitu kumpulan roti, sayuran, buahan, susu,daging serta lemak,gula
& garam.
•
Ini akan
membekalkan nutrien serta tenaga yang diperlukan.
KESEDERHANAAN
•
Pilihan
makanan yg di buat & berhati-hati & bijak akan membantu seseorang
mengawal pengambilan kalori serta jumlah lemak, gula, & garam yg di ambil.
•
Akan
membolehkan seseorang memilih lebih banyak makanan yang digemari dari atas
piramid.
•
Secara
keseluruhan,makanan yg terdapat di aras 1 & 2 perlu dimakan dengan banyak,
diikuti dengan jumlah yg sederhana di aras lain & paling sedikit
pengambilannya adalah dari mercu piramid
PEMBERIAN MAKANAN PEJAL KEPADA
BAYI 6 – 12 BULAN
•
Pemakanan
adalah faktor yg penting dalam perkembangan bayi kerana:-
1. Membantu pertumbuhan bayi yg berlaku dengan
pantas
2. Pada peringkat ini mereka sangat aktif , maka
mereka memerlukan tenaga yang mencukupi bersama-sama nutrien yg lain setiap
hari.
3. Susu ibu nerupakan susu yg terbaik bagi bayi ,
tetapi apabila bayi berumur 5-6 bulan , susu ibu sahaja tidak mencukupi untuk
keperluan tubuh badan bayi. Maka pemberian makanan pepejal & susu ibu mesih
perlu di teruskan seberapa lama yang boleh.
SEBAB-SEBAB TIDAK DIGALAKKAN
MEMBERI MAKANAN PEPEJAL TERLALU AWAL TERMASUKLAH :-
1.
Sistem pencernaan dan penyerapan bayi sebelum 4 bulan belum matang
manakal enzim-enzim penghadaman yang terlibat belum tersedia sepenuhnya.Bayi
muda mendapat diarea
2.
Selepas kelahiran,susu ibu adalah makanan untuk bayi.Pemberian makanan
pepejal terlalu awal boleh mengurangkan pengambilan susu oleh bayi.
3.
Ia boleh mengakibatkan peberian makanan yang berlebihan kepada bayi dan
boleh membawa kepada masalah kegemukan apabila dewasa kelak.
4.
Bayi mungkin akan menolak jenis-jenis makanan tertentu yang telah
diperkenalkan pada peringkat awal kerana deria rasa mereka sudah berkembang.Bayi
telah dapat mempelajari rasa makanan tertentu yang belau gemari/tidak
digemari.Oleh itu sukar untuk memperkenalkan makanan lain apabila tiba waktu
yang sesuai.
FAKTOR YANG PERLU DIAMBIL KIRA
DALAM PENGENALAN MAKANAN PEPEJAL
•
Kematangan
, perkembangan , & kebolehan bayi untuk menerima , menelan makanan pepejal
seperti kunyah , hisap , gigit. Bahagian mulut & lidah boleh berfungsi.
•
Simpanan
zat besi bayi telah mula kehabisan semasa bayi meningkat umurnya
(4-6
bulan). Pemberian makanan pepejal sebagai tambahan nutrien pada susu ibu.
•
Pengeluaran
air liur sudah bermula & enzim penghadaman sudah bersedia untuk menghadam
pelbagai jenis makanan.
•
Perkembangan
deria rasa bayi telah bermula berkembang dengan baik ( bayi boleh mempelajari
rasa yg berbeza spt manis,masin,masam,tawar & sebagainya.
•
Waktu ini
adalah tepat untuk mengukuhkan penerimaan bayi terhadap makanan yang di beri.
SEBAB TIDAK DIGALAKKAN MEMBERI
MAKANAN PEPEJAL TERLALU AWAL
•
Sistem
pencernaan & penyerapan bayi sebelum 4/12 bulan adalah belum matang
manakala enzim penghadaman yg terlibat belum tersedia sepenuhnya. Bayi mudah
menghidapi diarrhea.
•
Susu ibu
adalah makanan utama untuk bayi. Pemberian makanan pepejal terlalu awal boleh
mengurangkan pengambilan susu oleh bayi kerana lebih kenyang dengan makanan
pepejal.
•
Boleh
mengakibatkan pemberian makanan yg berlebihan kepada bayi yg akan menyebabkan
masalah kegemukan apabila bayi dewasa kelak.
•
Bayi
mungkin akan menolak jenis makanan yg tertentu kerana deria rasa mereka sudah
berkembang. Bayi telah mempelajari rasa makanan tertentu yg bayi gemari / tak
gemari. Oleh itu sukar untuk memperkenalkan makanan lain apabila tiba masa yg
sesuai.
•
Pemberian
makanan pepejal tidak digalakkan jika terlalu lewat ( 7-9 bulan)
PANDUAN UNTUK MEMPERKENALKAN
MAKANAN PEPEJAL
•
Pejalnya
makanan & kuantiti makanan mesti meningkat selaras dengan kebolehan
perkembangan. Konsistensi makanan perlulah sesuai,bermula dengan makanan yg
lembut.
•
Suhu
makanan tidak terlalu panas / sejuk.
•
Bayi boleh
diriba dipangkuan ibu semasa memberi makanan kerana mendorong bayi berasa
selamat disisi ibu & membantu kedudukan bayi semasa menelan.
•
Mulakan
pemberian 1 makanan yg baru &
sedikit ( 1 camca teh / < 1 camca teh ) kemudian banyakkan kuantiti sedikit
demi sedikit mengikut selera & keperluan bayi ( kuantiti bertambah ikut umur ).
•
Beri
makanan pepejal semasa anak mula rasa lapar & seelok-eloknya di sebelah
pagi sebelum menyusu.
•
Jika bayi
menolak makanan tertentu,cuba perkenalkan makanan yg sama selepas 3-4 hari
berikutnya. Jika masih menolak cuba perkenalkan jenis makanan yg lain :-secara
tidak langsung ketahui makanan kesukaan bayi.
•
Memperkenalkan
1 jenis makanan baru setiap masa. Perhatikan reaksi bayi terhadap makanan
tersebut. Jika bayi mengalami muntah yg berterusan,diarrhea,kembung perut &
kerap menangis cuba memperkenalkan jenis yg lain.
•
Gunakan
sudu yg bersesuaian untuk memudahkan bayi menerima makanan itu.
•
Diet
pendidikan adalah 1 campuran berjenis makanan yg akan memberi:-
Ø
Pelbagai
nutrien yg seimbang
Ø
Kepekatan
yg berubah & sesuai
Ø
Membina
tabiat makanan yg baik
Ø
Pendidikan
untuk memakan kuantiti selaras dengan keperluan
SUKATAN MAKANAN SEHARI YANG
DICADANGKAN UNTUK BAYI DALAM SEHARI
Kumpulan makanan
|
6 bulan
|
7-9 bulan
|
10-12 bulan
|
Bijirin dan hasil bijirin
|
5 sudu makan bubur cair
|
2 cawan bubur pekat
|
1 ¾ cawan nasi lembik
|
Ikan/ayam/daging/kekacang
|
1 sudu makan
|
2 sudu makan
|
4 sudu makan
|
Sayuran hijau
|
1 sudu makan
|
3 sudu makan
|
3 sudu makan
|
Buah-buahan
|
2 sudu makan
|
2 sudu makan
|
2 sudu makan
|
Susu ibu
|
Mengikut kehendak bayi
|
Mengikut kehendak bayi
|
Mengikut kehendak bayi
|
Minyak masak
|
1 sudu teh
|
2 sudu teh
|
2 sudu teh
|
Telur
|
½ biji kuning telur
|
½ biji kuning telur
|
1 biji
|
SENARAI
PENUKARAN BAHAN MAKANAN
1.
KARBOHIDRAT
Pertukaran untuk 1 cawan nasi (180 gm)bersamaan dengan 200 kalori.
BAHAN UTAMA
|
SUKATAN UNTUK BAHAN PENUKARAN
|
1 cawan nasi
|
5
keping roti
|
1 ½
cawan bihun basah
|
|
4 ½
sudu makan penuh tepung beras
|
|
6
keping biskut tawar
|
|
2
ketul kentang sederhana
|
|
1
ketul keledek sederhana
|
|
2.
PROTIN
BAHAN UTAMA
|
SUKATAN UNTUK BAHAN PENUKARAN
|
1 ekor ikan sederhana
|
1 ½
keping daging-ukuran kotak mancis (45 gm)
|
3 ½
sudu makan penuh ikan bilis
|
|
1 ¾
keping isi ikan-saiz kotak mancis
|
|
1 ½
cawan susu segar
|
|
1 ½
cawan kacang hijau yang telah dimasak
|
|
2 biji
telur
|
|
6
sudu makan rata susu penuh krim
|
3.SAYUR-SAYURAN
Bahagian yang mengandungi nilai vitamin A (250 gm) yang sama dan boleh di
tukar ganti dengan :-
1 ½
biji telur
|
2 sudu
makan bayam/kangkung masak (80 gm)
|
2
cawan bayam mentah/kangkung mentah
|
½
batang sederhana lobak merah
|
1
hiris betik (150 gm)
|
biji
tomato sederhana
|
4.BUAH-BUAHAN
Buah-buahan yang mengandungi nilai vitamin c (20 gm) yang sama dan boleh
ditukar ganti :-
1 biji
jambu batu
|
1 1/3
hiris sederhana nanas (197 gm)
|
4 biji
pisang sederhana
|
4
hiris sederhana tembikai
|
¼
hiris sederhana betik
|
1 ½
biji mangga sederhana
|
1 ½
biji sederhana limau tempahan
|
Biji
sederhana oren
|
JENIS MAKANAN YANG DIBERI KEPADA BAYI
MENGIKUT PERINGKAT
BAYI 6 BULAN (MAKANAN BERTAPIS)
ü Pada peringkat 6 bulan,bayi boleh diperkenalkan
dengan makanan bertapis.
ü Makanan bertapis ini haruslah seimbang &
mengandungi makanan yg memberi tenaga , membina badan serta melindungi dari
penyakit.
ü Pada waktu ini juga penyusuan susu ibu harus
diteruskan.
ü Dari sumber protein selain daripada
ikan,ayam,telur juga boleh diberi ttp telur itu haruslah dimasak lembut / ½
masak. Mulakan dengan pemberian bahagian kuning dahulu kemudian bahagian putih
telur kerana bahagian putih telur mengandungi protein yg boleh menyebabkan
alahan / alergi pada bayi seperti ruam & gatal kulit.
BAYI 7-9 BULAN (MAKANAN
DILECEK)
ü Apabila bayi bertambah besar,makanan dilecek
boleh diperkenalkan. Selain dari bijiran beras,bahan ubi kentang & keledek
juga boleh diberi.
ü Pada peringkat umur ini,gigi bayi pun telah
tumbuh.
ü Maka menunjukkan kebolehan mengunyah.
ü Jadi sesuai diperkenalkan makanan lembut
seperti buah betik ,pisang ,lobak merah
& labu air.
BAYI 10 – 12 BULAN ( MAKANAN
DICINCANG)
ü
Pada peringkat ini bayi boleh makan pelbagai jenis
makanan seperti daging,ayam,ikan dan sayur-sayuran.
ü
Makanan yang diberi haruslah dicincang terlebih
dahulu.
ü
Bijirin yang dimasak seperti nasi lembik diberi
kepada bayi.
ü
Pada peringkat ini bayi akan meletakkan bibir
mereka ke mulut cawan untuk minum.
KAEDAH-KAEDAH YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMBUAT
PENILAIAN STATUS PEMAKANAN.
1.
Melalui rekod kesihatan bayi seperti timbangan berat badan.
2.
Melalui temubual antara jururawat dan ibu mengenai taraf kesihatan bayi.
•
Contoh-jenis penyusuan yang diberi
•
Jenis pemakanan yang diberi kepada anak,kekerapan,amaun
3.
Melalui pemerhatian:-
•
Pemerhatian secara am-keadaan fizikal bayi,aktif/letih/tidak bermaya.
•
Pemerhatian secara spesifik seperti semasa menjalankan pemeriksaan
fizikal dari kepala hingga kekaki.contoh rambut segar/jarang-jarang,konjuntiva
samada pucat atau pink.
4.
Melalui maklumbalas yang diberikan oleh anggota lain mengenai bayi
tersebut.
5.
Melalui pemeriksaan fizikal yang dijalankan ke atas bayi.
6.
Data antropometri
•
Ukuran panjang dan lilitan kepala mencerminkan pemakanan pada masa lalu
atau status pemakanan yang kronik
•
Lilitan pertengahan lengan,berat badan dan ketebalan kulit mencerminkan
status pemakanan sekarang.
•
Berat badan mencerminkan pemakanan terbaru bayi.
VITAMIN DAN SUMBER MAKANAN YANG SIHAT
1. Protein -
meningkatkan tahap kepekaan. Terbentuk dari asid amino. Tirosin boleh
meningkatkan penghasilan dopamine, norepinephrine and epinephrine. Pengambilan
makanan berprotein boleh meningkatkan tenaga mental. Makanan yang mengandungi
protein termasuklah ikan, ayam, daging dan telur. Kekacang (seperti
yangterdapat dalam Diafood), susu, keju dan tofu.
2. Karbohidrat -
Anti stres dan memberi ketenangan. Karbohidrat merangsang pelepasan insulin ke
dalam aliran darah. Ia akan mengeluarkan asid amino dari dalam darah kecuali
trptophan yang akan diserap ke dalam serotonin. Kerana itulah ramai yang
berdiet akan mengalami depresi lebih kurang dua minggu kerana tahap pengambilan
karbohidrat yang terlalu rendah. Makanan yang mengandungi karbohidrat
termasuklah roti, gandum, nasi, emping dan buah-buahan. Untuk kesan yang lebih
baik, makan protein dan karbohidrat secara berasingan.
3. Asid Folik -
mencegah dipresi. Kekurangan asid folik boleh mengakibatkan paras serotonin di
dalam otak menurun. 200 mikrogram mencukupi untuk mengatasi dipresi dan jumlah
ini boleh didapati dari sayur bayam atau meminum segelas jus oren. Ia juga
merupakan salah satu unsur vitamin B untuk membantu mengelakkan kecacatan saraf
tunjang (NTD), seperti spina bifida pada bayi yang belum lahir.
4. Selenium -
mencegah dari cepat marah. Kemurungan, keradangan, degil dan susah hati berlaku
kerana kekurangan selenium. Selenium boleh diperolehi dari kekacang (Diafood),
sandwich tuna dan biji bunga matahari.
5. Flavonoids -
Tindakan antioksida dari flavonoids melindungi dari berlakunya hilang ingatan
disebabkan oleh faktor ketuaan dengan cara menghalang kerosakan akibat radikal
bebas dan meningkatkan aliran darah. Koko di dalam susu Intel-Lac mengandungi
flavonoids yang diperlukan untuk kesihatan minda. 15
6. Zat Besi - amat
penting bagi membantu sel-sel darah merah dalam badan manusia dan mencegah
anemia. Kekurangan zat besi dikaitkan dengan masalah ingatan jangka pendek.
Sekiranya kekurangan zat besi berlaku di kalangan kanak-kanak ia boleh
merencatkan keupayaan pembelajaran mereka. Penyelidik mendapati zat besi
membantu meningkatkan aktiviti neurotransmiter di dalam otak. Ia boleh didapati
dari daging merah, hati, limpa, ikan bilis, tauhu dan tempe .
7. Vitamin E -
Tahap vitamin E yang rendah di dalam darah dikaitkan dengan kelemahan sewaktu
ujian mengingat. Vitamin E boleh mengurangkan kerosakan tisu disebabkan oleh
radikal bebas. Diafood mengandungi vitaminE.
8. Kalsium -
kalsium boleh didapati daripada sumber susu, hasil tenusu, majerin, dan keju.
Kalsium tambahan perlu diambil oleh ibu yang mengalami masalah kekurangan zat
besi untuk membantu perkembangan gigi dan tulang bayi. Selain itu, kalsium
dapat mengurangkan gejala kebas-kebas atau kekejangan pada ibu sewaktu tempoh
kehamilan terutama pada trimester ketiga. Malah berdasarkan kajian terhadap
pesakit darah tinggi mendapati kalsium berperanan mengurangkan kecenderungan
seseorang ibu daripada mendapat penyakit darah tinggi ketika hamil.
9. DHA - DHA
penting terhadap perkembangan minda bayi. Ia juga berfungi untuk memantapkan
lagi pertumbuhan penglihatan dan otak bayi sejak dalam kandungan lagi
Wednesday, 18 April 2012
TALASEMIA
Talasemia
Talasemia ialah satu
penyakit yang diwarisi iaitu penyakit kekurangan hemoglobin dalam sel darah
merah. Hemoglobin merupakan bahan yang mengangkut oksigen dan memberi warna
merah kepada darah.
Setiap tahun, lebih
kurang 100,000 bayi di seluruh dunia dilahirkan mengalami talasemia major.
Talasemia major paling kerap berlaku di kalangan mereka yang berketurunan
Itali, Greek, Timur Tengah, Asia Tenggara dan Afrika.
Nama lain bagi
Talasemia Major Ialah Talasemia Beta Homozigus, Anemia Mediterranean dan Anemia
Cooley.
Talasemia merupakan penyakit yang memerlukan pemahaman tentang genetik dan fisiologi. Adalah penting untuk individu yang mengalaminya dan pembawa ciri ini menjadi ahli Persatuan Talasemia yang aktif bagi menimba pengetahuan dan maklumat terkini daripada mereka yang berkelayakan
Gejalanya;
·
Keletihan yang
teruk.
·
Sesak nafas.
·
Jaundis.
·
Limpa membesar.
·
Kecacatan tulang
(muka berupa mongoloid).
Jenis-jenis
Talasemia
Talasemia Beta
·
Ia disebabkan oleh
mutasi yang terjadi dalam gen globin beta.
Individu
yang mewarisi satu gen Talasemia Beta dari ibu atau bapa dikenali sebagai
Talasemia minor atau trait (ciri). Talasemia trait bukanlah suatu penyakit dan
individu yang mempunyainya boleh meneruskan kehidupan yang dikira normal.
Mereka merupakan pembawa kepada gen yang abnormal ini dan selalu digelar
'pembawa Talasemia yang sihat'. Mereka mempunyai paras hemoglobin yang rendah
sedikit daripada biasa. Kekurangan ini selalunya lebih ketara ketika hamil. Sel
darah merah mereka juga bersaiz kecil sedikit daripada biasa.
Individu
yang mewarisi dua gen Talasemia Beta, satu gen abnormal daripada ibu dan satu
daripada bapa dikenali sebagai penghidap Talasemia major. Ia merupakan penyakit
yang biasa terjadi di Malaysia.
Individu
Talasemia major menghasilkan rantaian beta globin yang sedikit berbanding
normal.
Sumsum
tulang mereka tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang mencukupi kerana ia
tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi.
Kanak-kanak
yang menghidap penyakit ini selalunya mengalami anemia diantara 6-18 bulan
selepas dilahirkan.
Mereka
memerlukan pemindahan darah yang berkala untuk meneruskan kehidupan.
Kanak-kanak yang tidak dirawat biasanya akan sakit ketika
berumur di antara 2-4 tahun. Mereka menjadi pucat, tumbesaran terbantut dengan
kecacatan tulang dan limpa membesar.
·
Talasemia Alfa
·
Ia disebabkan kehilangan 1 gen atau lebih daripada rantaian globin alfa.
·
Tahap keterukan talasemia ini bergantung kepada bilangan gen alfa globin
yang hilang. Sesetengah individu mungkin memerlukan pemindahan darah sekali-sekala
sementara yang lain memerlukan pemindahan darah yang berkala (berterusan).
Sesetengahnya pula langsung tidak memerlukan pemindahan darah. Kesemua ini
bergantung kepada tahap keterukan penyakit tersebut.
·
Ia boleh menyebabkan kejadian lahir mati akibat hydrops foetalis (sembab
yang teruk di keseluruhan badan bayi yang dikaitkan dengan anemia teruk) jika
tiada globin alfa yang dihasilkan semasa hayat janin.
Hemoglobin
E/ Talasemia Beta
·
Hemoglobin E mempunyai struktur yang berubah dan kadangkala menunjukkan
ciri-ciri yang berubah/berlainan.
·
Hemoglobin E/Talasemia Beta adalah keadaan yang biasa berlaku di Malaysia
terutamanya di kalangan orang Melayu.
·
Dalam kes ini, individu mewarisi 1 gen Talasemia Beta dan 1 gen
hemoglobin E yang abnormal masing-masing daripada ibu atau bapa.
·
Ia boleh menyebabkan masalah terhadap individu berkenaan dan pemindahan
darah yang berterusan/berkala mungkin diperlukan ataupun tidak.
·
Darah individu yang menghidap hemoglobin E/ Talasemia Beta mengangkut
oksigen lebih baik berbanding individu dengan Talasemia Beta sahaja. Oleh itu
mereka boleh bertahan dengan paras hemoglobin yang lebih rendah.
Penyebab Talasemia Beta major
Talasemia major berlaku apabila gen yang cacat diwarisi daripada
kedua-dua ibu dan bapa. Jika ibu atau bapa merupakan pembawa ciri Talasemia,
mereka boleh menurunkan ciri ini kepada anak-anak mereka. Jika kedua-dua ibu
bapa pembawa ciri tersebut maka anak-anak mereka mungkin merupakan pembawa atau
mereka akan menghidap penyakit tersebut seperti yang ditunjukkan dalam rajah .
Faktor risiko dan
langkah pencegahan
Mereka yang mempunyai sejarah keluarga menghidapi Talasemia major atau
merupakan pembawa kepada ciri ini adalah sangat berisiko.
Bagaimana kita dapat mencegah Talasemia major?
·
Menjalani penyaringan bagi mereka yang mempunyai sejarah keluarga
menghidap Talasemia.
·
Jika anda mempunyai ciri Talasemia dan ingin berkahwin, anda perlu
bersikap terbuka dan berbincang mengenainya dengan pasangan anda. Bakal
pasangan anda perlu menjalani ujian darah untuk mengetahui sama ada beliau juga
mempunyai ciri Talasemia atau tidak.
·
Jika kedua-dua pasangan membawa ciri Talasemia,
mereka perlu mendapatkan nasihat dan keterangan lanjut mengenainya dengan
menghadiri kaunseling genetik. Kini terdapat ujian yang boleh dilakukan semasa
awal kehamilan untuk mengetahui sama ada janin menghidapi Talasemia major
ataupun tidak. Penjagaan sendiri
·
Ingatkan
kanak-kanak supaya mengelakkan makanan dengan kandungan ferum yang terlalu
tinggi seperti daging merah dan makanan lain yang kaya ferum seperti hati.
Ingatlah bahawa ferum dalam daging lebih mudah diserap berbanding sumber-sumber
ferum yang lain seperti bijirin dan roti.
·
Sesetengah makanan
seperti jus oren boleh meningkatkan penyerapan ferum manakala yang lain seperti
teh, hasil tenusu dan kopi boleh mengurangkan penyerapannya. Bagaimanapun, jika
anda menggunakan Desferral, anda disyorkan mengambil 250mg vitamin C selepas
memulakan infusi untuk meningkatkan keluaran ferum.
·
Kanak-kanak
dinasihatkan untuk mendapatkan imunisasi mengikut jadual terutama pelalian
Hepatitis B untuk melindungi mereka daripada jangkitan akibat pemindahan darah
seperti Hepatitis B.
·
Sesetengah
kanak-kanak yang lebih tua terutama yang telah baligh cenderung mendapat ulser
kaki terutamanya di keliling buku lali. Ini disebabkan kekurangan bekalan
oksigen pada kulit akibat anemia dan peredaran darah yang lambat apabila
seseorang itu berdiri atau duduk. Dengan itu mereka yang mengalami ulser ini
dinasihat mengelakkan diri dari terhantuk buku lali dan memakai stoking dengan
melipat bahagian atasnya atau memakai gelung dari kain khas yang tebal untuk
melindungi tulang kering.
·
Tingkatkan
peredaran darah sebaik mungkin di bahagian buku lali. Ini boleh dilakukan
dengan meninggikan kaki melebihi paras jantung. Tidur dengan kaki ditinggikan
sedikit dan meletakkan kaki di atas kerusi /sofa ketika berehat, contohnya
semasa menonton televisyen.
·
Kebersihan dan
kesihatan individu mestilah memuaskan dan kebersihan perlu dipelihara terutama
di tempat Desferral disuntikkan/dimasukkan ke dalam badan.
·
Jangan lambat
mendapatkan rawatan susulan di hospital atau pemindahan darah. Adalah penting
bagi pesakit mengekalkan paras hemoglobin purata sehampir normal yang mungkin
supaya tumbesaran yang hampir normal juga diperolehi. Tumbesaran dan
perkembangan pesakit mesti diawasi dengan teliti.
Rawatan
Talasemia minor
Rawatan tidak diperlukan.
Rawatan tidak diperlukan.
Talasemia major
·
Pemindahan darah
yang berkala diperlukan supaya kanak-kanak membesar dengan sihat. Pemindahan
darah boleh mengubah sesetengah manifestasi penyakit ini, tetapi pengumpulan
ferum daripada pemecahan hemoglobin akibat pemindahan darah boleh merosakkan
organ hati, jantung dan endokrin. Suntikan Desferral (agen pengkelat ferum)
membantu mengikat lebihan ferum dan mengeluarkannya melalui air kencing.
·
Mengambil tambahan
Folat (asid folik) harian.
·
Pemindahan sumsum
tulang untuk pesakit yang sesuai.
Subscribe to:
Posts (Atom)