Wednesday, 18 April 2012



 PEMERIKSAAN PAYUDARA SENDIRI
Pemeriksaan sendiri payudara ( PSP ) adalah bagi mengesan kehadiran benjolan pada payudara. Ia perlu dilakukan sendiri setiap bulan, iaitu pada tiga atau empat hari selepas haid. Jika didapati ada perubahan pada buah dada, segera berjumpa doktor.
Antara perubahan itu ialah kulit menjadi kasar, wujud nodus (benjol keras), penterbalikan puting atau kulit, kulit berkedut dan menjadi merah, keluar cecair gelap atau darah dari puting atau nodus limpa di bawah ketiak membengkak.
PADA SIAPA PSP DILAKUKAN ?
-          Pemeriksaan payudara dilakukan ke atas ibu mengandung untuk membantu dalam pengesanan awal kanser payudara supaya pengubatan akan lebih berkesan dan berjaya.
-          Perempuan dewasa.
-          Lelaki dewasa.
WAKTU YANG PERLU UNTUK MELAKUKAN PSP
*     Sebulan sekali selepas mensturasi kerana payudara kurang padat dan sebarang tumor mudah dikesan.
*     Pada hari ke-7 hingga ke-10 dari permulaan haid datang.
*     Jika seseorang itu tidak datang haid, lakukan pemeriksaan tersebut pada hari pertama setiap bulan dan catatkan dalam kelender sebagai peringatan.


CARA-CARA UNTUK MELAKUKAN PSP
  1. Melihat perubahan pada cermin
    1. Kedudukan 
      • Lihat diri anda di hadapan cermin.
    1. Kedudukan 2
      • Angkat kedua-dua belah tangan ke atas kepala anda. Periksa payudara dari pelbagai sudut.
    1. Kedudukan 3
      • Berdiri tegak di hadapan cermin dengan tangan di sisi. Pusing ke kiri dan ke kanan untuk mengesan sebarang perubahan pada payudara.


    1. Kedudukan 4
      • Tegangkan otot bahagian dada dengan mencekak pinggang dan menolak ke bawah.
Tanda amaran yang perlu diberi perhatian adalah seperti :
    • Benjolan pada payudara atau ketiak.
    • Perubahan bentuk dan saiz payudara yang luarbiasa.
    • Kerutan atau lekuk yang luarbiasa.
    • Puting payudara tertarik ke dalam.
    • Pendarahan atau lelehan yang luarbiasa dari puting payudara

  1. Mengesan perubahan dengan cara berbaring
Langkah 1: Persediaan
      • Mulakan dengan payudara kanan. Baring mengiring ke kiri dengan membengkokkan kedua-dua lutut anda. Letakkan bantal atau tuala mandi yang telah dilipat di bawah bahu sebelah kanan untuk menaikkan bahagian yang akan diperiksa. Kemudian letakkan tangan kanan anda di bawah kepala.
      • Gunakan tangan kiri anda untuk memeriksa payudara kanan anda. Gunakan tapak jari-jari anda untuk memeriksa sebarang benjolan atau penebalan.
      • Periksa Payudara anda dengan menggunakan Kaedah- Urutan Menegak (Vertical Strip) dan Kaedah Pusingan (Circular).
Langkah 2: Pemeriksaan Payudara Kaedah Urutan Menegak
      • Periksa seluruh kawasan payudara dalam corak urutan menegak, dari tulang selangka di bahagian atas kegarisan kutang (bra-line) di bahagian bawah dan dari garis-tengah antara kedua payudara anda ke garis tengah di bahagian bawah ketiak anda Megunakan tangan kiri, mulakan urutan pertama di ketiak anda. Buat pusingan ringan dan kemudian tekan kuat di tempat ini untuk merasakan sebarang benjolan atau penebalan.
      • Gerakkan tangan anda perlahan-lahan ke bawah ke arah garis-kutang menggunakan pusingan ringan dan tekanan kuat di setiap tempat. Di bahagian bawah garis-kutang lebih kurang dua sentimeter ke kiri dan terus kearah atas menuju tulang selangka anda dengan melakukan pusingan dan tekanan. Bergeraklah ke atas dan ke bawah mengikut urutan dan liputi seluruh kawasan yang di tunjukkan.


Langkah 3 : Pemeriksaan Payudara Kaedah Pusingan
      • Bermula di bahagian atas payudara anda, buat pusingan yang besar. Bergeraklah sekeliling payudara anda dengan memerhatikan sebarang benjolan atau penebalan yang luar biasa.
      • Buat sekurang-kurangnya tiga pusingan kecil sehingga anda sampai ke puting payudara. Lakukan ini sebanyak dua kali, sekali dengan tekanan ringan dan sekali dengan tekanan kuat. Jangan lupa periksa bahagian bawah areola (kawasan hitam).
Langkah 4 : Pemeriksaan Lelehan Di Puting Payudara
      • Menggunakah kedua-dua belah tangan, tekan payudara anda untuk melihat sama ada terdapat sebarang lelehan luarbiasa dari puting payudara.




Langkah 5 :Memeriksa Ketiak Anda
      • Jatuhkan tangan kanan anda ke sisi dan rasa ketiak anda dengan teliti untuk mengesan sebarang benjolan.
*     Ulangi langkah yang sama pada payudara kiri dengan menggunakan tangan kanan

TANDA-TANDA AWAL
Jika kanser payudara, anda mungkin mengalami :-
*      Sakit pada bahagian belakang.
*      Kehilangan berat badan akibat daripada kurang selera makan.
*      Rasa sakit pada payudara.
*      Terdapat discaj pada payudara.
*      Puting kelihatan bersisik.
*      Simptom miscellaneous wujud.

TANDA-TANDA KEABNORMALAN YANG DIDAPATI SEMASA PSP
  • Ketulan yang tidak sakit
    • Di payudara atau ketiak
  • Ruam yang berterusan
    • Sekeliling puting
  • Perdarahan atau lelehan luarbiasa dari puting.
  • Perubahan pada kulit
    • Bengkak dan menebal
    • Berlubang
    • Permukaan kulit yang berkedut
  • Puting tertarik ke dalam

TINDAKAN
Dapatkan nasihat daripada doktor jika terdapat tanda-tanda keabnormalan.
Pengesahan kanser
*      MRI untuk mengesan mass dalam payudara.
*      Biopsi untuk mengesan pertumbuhan sel-sel yang abnormal di dalam payudara dan menentukan sama ada kanser atau tidak.
*      Cytology untuk mengesan ke atas discaj.
*      Mammography bagi mengesan kanser payudara sebelum mass dapat dikesan.
Teradapat 2 cara iaitu :-
~ Radiography filem biasa.
~ Teradiagraphy
*      Breast ultra sanography untuk membezakan mass isolid atau cecair.

AMALAN KESIHATAN
*      Pemeriksaan sendiri payudara bukan sekadar untuk mencari gumpalan tetapi juga untuk memerhatikan sebarang perubahan yang mungkin berlaku.
*      Amalkan makanan yang rendah lemak.
*      Bersenam secara regular.
*      Kurangkan pengambilan makanan bergaram, makanan yang disalai dan makanan yang mengandungi nitrit dan nirat.
*      Jika anda berumur 50 tahun ke atas, dapatkan ujian mammogram setiap tahun atau sekurang-kurangnya 2 tahun sekali. Ini penting terutama bagi mereka yang berisiko tinggi.
*      Susukan bayi anda dengan susu badan. Ini akan dapat mengurangkan risiko kanser payudara terutama sebelum putus haid.
*      Berjumpalah dengan doktor jika terdapat perubahan pada payudara.
*      Mengambil berat terhadap gumpalan pada payudara atau perubahan yang luar biasa.
*      Tidak perlu merasa malu untuk membiarkan payudara anda diperiksa oleh doktor.
*      Kawal pertambahan berat badan.
*      Pendedahan kepada sinar / radiasi. Pakailah apron yang diperbuat dari plumbum ketika mengambil x-ray.

1 comment: