Thursday, 19 April 2012


MAKANAN SEIMBANG UNTUK BAYI 6-12 BULAN
      Adalah makanan yang mengandungi 3 kumpulan zat makanan dalam kadar yg diperlukan untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan.
      Apabila merancang makanan bagi seseorang individu, 2 perkara utama hendaklah dipertimbangkan
     Tentukan bil kalori makanan itu:-Jumlah kalori yang akan diberi perlu sesuai dengan keperluan kalori sehari
     Tentukan amaun kalori yg boleh diperolehi dari bahan protein, karbohidrat & vitamin:- mengikut adat resam makanan rakyat malaysia.
     Protein             :- 1/5 ( 20 % jumlah kalori )
     Vitamin                       :- 1/5 ( 20 % jumlah kalori )
     Karbohidrat                 :-3/5 ( 60 % jumlah kalori )
     Cth:- 60/100 x 2000 = 1200 kk karbohidrat
     Cth:- 20/100 x 2000 = 400 kalori protein & vitamin
                                                     400+400+1200 kk = 2000 kalori
      6 – 12 bulan ( sukatan kementerian kesihatan )
      Mengubah polisi penyusuan susu ibu secara eksklusif 1-4 bulan
Makanan lengkap > bayi berumur 6 bulan

DEFINISI MAKANAN PELENGKAP (WEANING DIET)
Makanan pelengkap adalah makanan yang diberikan kepada bayi dalam bentuk pepejal atau separuh pepejal selain daripada susu ibu atau susu formula.


TUJUAN PEMBERIAN MAKANAN PELENGKAP UNTUK BAYI ADALAH
1.      Untuk membiasakan bayi merasa pelbagai jenis bahan makanan
2.      Untuk mengajar bayi mangunyah dan menelan.
3.      Membekalkan tenaga yang diperlukan oleh bayi untuk tumbesaran.
4.      Membina otot-otot,tulang kaki dan darah yang sempurna.
5.      Melindingi bayi dari penyakit dan jangkitan serta menjaga kesihatan kulit dan mata.
PRINSIP-PRINSIP MAKANAN PELENGKAP
1.      Penyusuan diterskan seperti biasa.
2.      Memperkenalkan pelbagai jenis makanan sattu demi satu secara perlahan-parlahan.
3.      Memberi makanan sedikit demi sedikit.
4.      Makanan yang diberikan sebelum masa penyusuan.
5.      Buah-buahan boleh diberikan pada bila-bila masa.

3  KUMPULAN MAKANAN SEIMBANG
      GO
     Memberi tenaga cth:-
     beras-bubur.
      GROW
     Membina badan cth:-
     Haiwan :- lembu,ikan kembung,susu.
     Tumbuhan :- kekacang ( merah/putih).
      GLOW
     Menjauhkan penyakit cth:-
     Buah-buahan:- betik,pisang.
     Sayur-sayuran:- bayam,lobak.


PELBAGAIAN
      Perlu diketahui bahawa tidak ada 1 bahan makanan yang boleh membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan.
     Cthnya:- susu yg merupakan sumber kalsium yg sangat baik ttp tidak membekalkan ferum yg cukup. Manakala daging boleh membekalkan ferum ttp tidak kalsium.
      Oleh itu,diet yg mengandungi pelbagai makanan akan dapat membekalkan kesemua nutrien yg diperlukan serta memberi pelbagai rasa & tekstur yg tidak bosan.
IMBANGAN
      Diet yg seimbang meliputi jumlah makanan yg sesuai dari aras makanan yg terdapat dalam piramid iaitu kumpulan roti, sayuran, buahan, susu,daging serta lemak,gula & garam.
      Ini akan membekalkan nutrien serta tenaga yang diperlukan.

KESEDERHANAAN
      Pilihan makanan yg di buat & berhati-hati & bijak akan membantu seseorang mengawal pengambilan kalori serta jumlah lemak, gula, & garam yg di ambil.
      Akan membolehkan seseorang memilih lebih banyak makanan yang digemari dari atas piramid.
      Secara keseluruhan,makanan yg terdapat di aras 1 & 2 perlu dimakan dengan banyak, diikuti dengan jumlah yg sederhana di aras lain & paling sedikit pengambilannya adalah dari mercu piramid

PEMBERIAN MAKANAN PEJAL KEPADA BAYI 6 – 12 BULAN
      Pemakanan adalah faktor yg penting dalam perkembangan bayi kerana:-
1.      Membantu pertumbuhan bayi yg berlaku dengan pantas
2.      Pada peringkat ini mereka sangat aktif , maka mereka memerlukan tenaga yang mencukupi bersama-sama nutrien yg lain setiap hari.
3.      Susu ibu nerupakan susu yg terbaik bagi bayi , tetapi apabila bayi berumur 5-6 bulan , susu ibu sahaja tidak mencukupi untuk keperluan tubuh badan bayi. Maka pemberian makanan pepejal & susu ibu mesih perlu di teruskan seberapa lama yang boleh.

SEBAB-SEBAB TIDAK DIGALAKKAN MEMBERI MAKANAN PEPEJAL TERLALU AWAL TERMASUKLAH :-
1.      Sistem pencernaan dan penyerapan bayi sebelum 4 bulan belum matang manakal enzim-enzim penghadaman yang terlibat belum tersedia sepenuhnya.Bayi muda mendapat diarea
2.      Selepas kelahiran,susu ibu adalah makanan untuk bayi.Pemberian makanan pepejal terlalu awal boleh mengurangkan pengambilan susu oleh bayi.
3.      Ia boleh mengakibatkan peberian makanan yang berlebihan kepada bayi dan boleh membawa kepada masalah kegemukan apabila dewasa kelak.
4.      Bayi mungkin akan menolak jenis-jenis makanan tertentu yang telah diperkenalkan pada peringkat awal kerana deria rasa mereka sudah berkembang.Bayi telah dapat mempelajari rasa makanan tertentu yang belau gemari/tidak digemari.Oleh itu sukar untuk memperkenalkan makanan lain apabila tiba waktu yang sesuai.


FAKTOR YANG PERLU DIAMBIL KIRA DALAM PENGENALAN MAKANAN PEPEJAL
      Kematangan , perkembangan , & kebolehan bayi untuk menerima , menelan makanan pepejal seperti kunyah , hisap , gigit. Bahagian mulut & lidah boleh berfungsi.
      Simpanan zat besi bayi telah mula kehabisan semasa bayi meningkat umurnya
            (4-6 bulan). Pemberian makanan pepejal sebagai tambahan nutrien pada susu ibu.
      Pengeluaran air liur sudah bermula & enzim penghadaman sudah bersedia untuk menghadam pelbagai jenis makanan.
      Perkembangan deria rasa bayi telah bermula berkembang dengan baik ( bayi boleh mempelajari rasa yg berbeza spt manis,masin,masam,tawar & sebagainya.
      Waktu ini adalah tepat untuk mengukuhkan penerimaan bayi terhadap makanan yang di beri.
SEBAB TIDAK DIGALAKKAN MEMBERI MAKANAN PEPEJAL TERLALU AWAL
      Sistem pencernaan & penyerapan bayi sebelum 4/12 bulan adalah belum matang manakala enzim penghadaman yg terlibat belum tersedia sepenuhnya. Bayi mudah menghidapi diarrhea.
      Susu ibu adalah makanan utama untuk bayi. Pemberian makanan pepejal terlalu awal boleh mengurangkan pengambilan susu oleh bayi kerana lebih kenyang dengan makanan pepejal.
      Boleh mengakibatkan pemberian makanan yg berlebihan kepada bayi yg akan menyebabkan masalah kegemukan apabila bayi dewasa kelak.
      Bayi mungkin akan menolak jenis makanan yg tertentu kerana deria rasa mereka sudah berkembang. Bayi telah mempelajari rasa makanan tertentu yg bayi gemari / tak gemari. Oleh itu sukar untuk memperkenalkan makanan lain apabila tiba masa yg sesuai.
      Pemberian makanan pepejal tidak digalakkan jika terlalu lewat ( 7-9 bulan)        
PANDUAN UNTUK MEMPERKENALKAN MAKANAN PEPEJAL
      Pejalnya makanan & kuantiti makanan mesti meningkat selaras dengan kebolehan perkembangan. Konsistensi makanan perlulah sesuai,bermula dengan makanan yg lembut.
      Suhu makanan tidak terlalu panas / sejuk.
      Bayi boleh diriba dipangkuan ibu semasa memberi makanan kerana mendorong bayi berasa selamat disisi ibu & membantu kedudukan bayi semasa menelan.
      Mulakan pemberian 1 makanan  yg baru & sedikit ( 1 camca teh / < 1 camca teh ) kemudian banyakkan kuantiti sedikit demi sedikit mengikut selera & keperluan bayi  ( kuantiti bertambah ikut umur ).
      Beri makanan pepejal semasa anak mula rasa lapar & seelok-eloknya di sebelah pagi sebelum menyusu.
      Jika bayi menolak makanan tertentu,cuba perkenalkan makanan yg sama selepas 3-4 hari berikutnya. Jika masih menolak cuba perkenalkan jenis makanan yg lain :-secara tidak langsung ketahui makanan kesukaan bayi.
      Memperkenalkan 1 jenis makanan baru setiap masa. Perhatikan reaksi bayi terhadap makanan tersebut. Jika bayi mengalami muntah yg berterusan,diarrhea,kembung perut & kerap menangis cuba memperkenalkan jenis yg lain.
      Gunakan sudu yg bersesuaian untuk memudahkan bayi menerima makanan itu.
      Diet pendidikan adalah 1 campuran berjenis makanan yg akan memberi:-
Ø  Pelbagai nutrien yg seimbang
Ø  Kepekatan yg berubah & sesuai
Ø  Membina tabiat makanan yg baik
Ø  Pendidikan untuk memakan kuantiti selaras dengan keperluan


SUKATAN MAKANAN SEHARI YANG DICADANGKAN UNTUK BAYI DALAM SEHARI
Kumpulan makanan
6 bulan
7-9 bulan
10-12 bulan
Bijirin dan hasil bijirin
5 sudu makan bubur cair
2 cawan bubur pekat
1 ¾ cawan nasi lembik
Ikan/ayam/daging/kekacang
1 sudu makan
2 sudu makan
4 sudu makan
Sayuran hijau
1 sudu makan
3 sudu makan
3 sudu makan
Buah-buahan
2 sudu makan
2 sudu makan
2 sudu makan
Susu ibu
Mengikut kehendak bayi
Mengikut kehendak bayi
Mengikut kehendak bayi
Minyak masak
1 sudu teh
2 sudu teh
2 sudu teh
Telur
½ biji kuning telur
½ biji kuning telur
1 biji



SENARAI PENUKARAN BAHAN MAKANAN

1.      KARBOHIDRAT
Pertukaran untuk 1 cawan nasi (180 gm)bersamaan dengan 200 kalori.
BAHAN UTAMA
SUKATAN UNTUK BAHAN PENUKARAN
1 cawan nasi
5 keping roti

1 ½ cawan bihun basah

4 ½ sudu makan penuh tepung beras

6 keping biskut tawar

2 ketul kentang sederhana

1 ketul keledek sederhana


2.      PROTIN
BAHAN UTAMA
SUKATAN UNTUK BAHAN PENUKARAN
1 ekor ikan sederhana
1 ½ keping daging-ukuran kotak mancis (45 gm)

3 ½ sudu makan penuh ikan bilis

1 ¾ keping isi ikan-saiz kotak mancis

1 ½ cawan susu segar

1 ½ cawan kacang hijau yang telah dimasak

2 biji telur

6        sudu makan rata susu penuh krim


3.SAYUR-SAYURAN
Bahagian yang mengandungi nilai vitamin A (250 gm) yang sama dan boleh di tukar ganti dengan :-
1 ½ biji telur
2 sudu makan bayam/kangkung masak (80 gm)
2 cawan bayam mentah/kangkung mentah
½ batang sederhana lobak merah
1 hiris betik (150 gm)
biji tomato sederhana

        4.BUAH-BUAHAN
Buah-buahan yang mengandungi nilai vitamin c (20 gm) yang sama dan boleh ditukar ganti :-
1 biji jambu batu
1 1/3 hiris sederhana nanas (197 gm)
4 biji pisang sederhana
4 hiris sederhana tembikai
¼ hiris sederhana betik
1 ½ biji mangga sederhana
1 ½ biji sederhana limau tempahan
Biji sederhana oren



JENIS MAKANAN YANG DIBERI KEPADA BAYI MENGIKUT PERINGKAT
BAYI 6 BULAN (MAKANAN BERTAPIS)
ü  Pada peringkat 6 bulan,bayi boleh diperkenalkan dengan makanan bertapis.
ü  Makanan bertapis ini haruslah seimbang & mengandungi makanan yg memberi tenaga , membina badan serta melindungi dari penyakit.
ü  Pada waktu ini juga penyusuan susu ibu harus diteruskan.
ü  Dari sumber protein selain daripada ikan,ayam,telur juga boleh diberi ttp telur itu haruslah dimasak lembut / ½ masak. Mulakan dengan pemberian bahagian kuning dahulu kemudian bahagian putih telur kerana bahagian putih telur mengandungi protein yg boleh menyebabkan alahan / alergi pada bayi seperti ruam & gatal kulit.
BAYI 7-9 BULAN (MAKANAN DILECEK)
ü  Apabila bayi bertambah besar,makanan dilecek boleh diperkenalkan. Selain dari bijiran beras,bahan ubi kentang & keledek juga boleh diberi.
ü  Pada peringkat umur ini,gigi bayi pun telah tumbuh.
ü  Maka menunjukkan kebolehan mengunyah.
ü  Jadi sesuai diperkenalkan makanan lembut seperti buah betik  ,pisang ,lobak merah & labu air.
BAYI 10 – 12 BULAN ( MAKANAN DICINCANG)
ü  Pada peringkat ini bayi boleh makan pelbagai jenis makanan seperti daging,ayam,ikan dan sayur-sayuran.
ü  Makanan yang diberi haruslah dicincang terlebih dahulu.
ü  Bijirin yang dimasak seperti nasi lembik diberi kepada bayi.
ü  Pada peringkat ini bayi akan meletakkan bibir mereka ke mulut cawan untuk minum.

KAEDAH-KAEDAH YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMBUAT PENILAIAN STATUS PEMAKANAN.
1.      Melalui rekod kesihatan bayi seperti timbangan berat badan.
2.      Melalui temubual antara jururawat dan ibu mengenai taraf kesihatan bayi.
      Contoh-jenis penyusuan yang diberi
      Jenis pemakanan yang diberi kepada anak,kekerapan,amaun
3.      Melalui pemerhatian:-
      Pemerhatian secara am-keadaan fizikal bayi,aktif/letih/tidak bermaya.
      Pemerhatian secara spesifik seperti semasa menjalankan pemeriksaan fizikal dari kepala hingga kekaki.contoh rambut segar/jarang-jarang,konjuntiva samada pucat atau pink.
4.      Melalui maklumbalas yang diberikan oleh anggota lain mengenai bayi tersebut.
5.      Melalui pemeriksaan fizikal yang dijalankan ke atas bayi.
6.      Data antropometri
      Ukuran panjang dan lilitan kepala mencerminkan pemakanan pada masa lalu atau status pemakanan yang kronik
      Lilitan pertengahan lengan,berat badan dan ketebalan kulit mencerminkan status pemakanan sekarang.
      Berat badan mencerminkan pemakanan terbaru bayi.





VITAMIN  DAN SUMBER MAKANAN YANG SIHAT
1. Protein - meningkatkan tahap kepekaan. Terbentuk dari asid amino. Tirosin boleh meningkatkan penghasilan dopamine, norepinephrine and epinephrine. Pengambilan makanan berprotein boleh meningkatkan tenaga mental. Makanan yang mengandungi protein termasuklah ikan, ayam, daging dan telur. Kekacang (seperti yangterdapat dalam Diafood), susu, keju dan tofu.
2. Karbohidrat - Anti stres dan memberi ketenangan. Karbohidrat merangsang pelepasan insulin ke dalam aliran darah. Ia akan mengeluarkan asid amino dari dalam darah kecuali trptophan yang akan diserap ke dalam serotonin. Kerana itulah ramai yang berdiet akan mengalami depresi lebih kurang dua minggu kerana tahap pengambilan karbohidrat yang terlalu rendah. Makanan yang mengandungi karbohidrat termasuklah roti, gandum, nasi, emping dan buah-buahan. Untuk kesan yang lebih baik, makan protein dan karbohidrat secara berasingan.
3. Asid Folik - mencegah dipresi. Kekurangan asid folik boleh mengakibatkan paras serotonin di dalam otak menurun. 200 mikrogram mencukupi untuk mengatasi dipresi dan jumlah ini boleh didapati dari sayur bayam atau meminum segelas jus oren. Ia juga merupakan salah satu unsur vitamin B untuk membantu mengelakkan kecacatan saraf tunjang (NTD), seperti spina bifida pada bayi yang belum lahir.
4. Selenium - mencegah dari cepat marah. Kemurungan, keradangan, degil dan susah hati berlaku kerana kekurangan selenium. Selenium boleh diperolehi dari kekacang (Diafood), sandwich tuna dan biji bunga matahari.
5. Flavonoids - Tindakan antioksida dari flavonoids melindungi dari berlakunya hilang ingatan disebabkan oleh faktor ketuaan dengan cara menghalang kerosakan akibat radikal bebas dan meningkatkan aliran darah. Koko di dalam susu Intel-Lac mengandungi flavonoids yang diperlukan untuk kesihatan minda.                         15
6. Zat Besi - amat penting bagi membantu sel-sel darah merah dalam badan manusia dan mencegah anemia. Kekurangan zat besi dikaitkan dengan masalah ingatan jangka pendek. Sekiranya kekurangan zat besi berlaku di kalangan kanak-kanak ia boleh merencatkan keupayaan pembelajaran mereka. Penyelidik mendapati zat besi membantu meningkatkan aktiviti neurotransmiter di dalam otak. Ia boleh didapati dari daging merah, hati, limpa, ikan bilis, tauhu dan tempe.
7. Vitamin E - Tahap vitamin E yang rendah di dalam darah dikaitkan dengan kelemahan sewaktu ujian mengingat. Vitamin E boleh mengurangkan kerosakan tisu disebabkan oleh radikal bebas. Diafood mengandungi vitaminE.
8. Kalsium - kalsium boleh didapati daripada sumber susu, hasil tenusu, majerin, dan keju. Kalsium tambahan perlu diambil oleh ibu yang mengalami masalah kekurangan zat besi untuk membantu perkembangan gigi dan tulang bayi. Selain itu, kalsium dapat mengurangkan gejala kebas-kebas atau kekejangan pada ibu sewaktu tempoh kehamilan terutama pada trimester ketiga. Malah berdasarkan kajian terhadap pesakit darah tinggi mendapati kalsium berperanan mengurangkan kecenderungan seseorang ibu daripada mendapat penyakit darah tinggi ketika hamil.
9. DHA - DHA penting terhadap perkembangan minda bayi. Ia juga berfungi untuk memantapkan lagi pertumbuhan penglihatan dan otak bayi sejak dalam kandungan lagi

No comments:

Post a Comment