Wednesday, 18 April 2012


METERED DOSE INHALER (MDI)
Sejenis ubat bronchodilator untuk membantu dalam pernafasan.
MDI merupakan ubat bagi individu yang mengalami masalah pernafasan contohnya individu yang mengalami  asma.



TUJUAN MENGGUNAKAN MDI
•Membantu pesakit untuk mudah bernafas
•Mencairkan kahak
•Mengembangkan paru-paru
•Memberi penerangan dan ilmu berkaitan Ubat bronchodilator.

CARA PENGGUNAAN MDI
1.Tanggal penutup  dari  corong  mulut  inhaler.
2.Pegang inhaler  diantara  ibu jari dan jari telunjuk  serta goncangkan.
3.Tarik nafas dan hembus nafas  perlahan-lahan melalui mulut sepenuhnya.
4.Letakkan corong inhaler  ke mulut.Tutup bibir rapat di sekeliling inhaler.Dongakkan kepala sedikit ke belakang.
5. Tekan inhaler sambil sedut perlahan-lahan  dan tahan nafas selama 5-10 saat (mengikut kemampuan).
6.Kelurkan inhaler dari mulut dan  hembus keluar nafas perlahan-lahan  melalui hidung tanpa membuka mulut.
7.Tunggu 1 minit untuk mengulangi dos yang ke2.
8.Kumur mulut selepas menggunakan inhaler.




CARA PENJAGAAN MDI
•Cuci inhaler sekali sehari
•Keluarkan kanister ubat sebelum basuh actuator
•Basuh actuator dengan air suam.

bAGAImaNa  MEngEtahUI cara-cara MDI telah habis??

1)Sedia 1 bekas berisi air
2)Letak MDI dalam bekas mangkuk berisi air.
3)Posisi yang diambil oleh MDI akan menunjukkan baki ubat yang terdapat dalam MDI
ØPenuh = tabung akan tenggelam
ØSeparuh = tenggelam secara menegak  pada sudut 30 darjah
ØKosong = timbul











No comments:

Post a Comment