Tekanan darah
adalah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah
yang disebabkan oleh denyutan jantung. Darah tinggi
merujuk kepada kadar tekanan darah yang
sentiasa lebih tinggi dari kadar biasa untuk suatu jangkamasa yang yang lama.
Pesakit yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga bacaan tekanan darah yang
melebihi 140/90 mmHg semasa berehat dijangka mempunyai keadaan darah tinggi.
Kadar tekanan darah tidak sama sepanjang masa. Ia sering
berubah-ubah mengikut keperluan badan anda. Jika tekanan darah anda tinggi, doktor anda akan
memeriksa semula tekanan darah anda
untuk beberapa kali bagi menentukan kadar tekanan darah anda yang sebenar.
Tekanan darah ada dua
ukuran dan biasanya diukur seperti berikut - 120 /80 mmHg. Nombor atas (120)
menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik. Nombor
bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Ia
dipanggil tekanan diastolik. Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan
dalam keadaan duduk atau baring.
Lazimnya penyakit ini berlaku secara senyap tanpa sebarang tanda atau
gejala selama beberapa tahun.Sesetengah orang merasa sihat walaupun tekanan
darah anda tinggi. Ini menyebabkan kesan-kesan yang buruk.
Darah
tinggi tidak ada tanda, Cuma dikesan apabila tekanan darah diperiksa.
Komplikasi
- Serangan
penyakit jantung
- Angin
ahmar
- Hilang
penglihatan
- Penyakit
buah pinggang
Kawal
tabiat makan dan kekalkan berat badan yang unggul.
- Kurangkan
garam dalam makanan
- Kurangkan
lemak/kolesterol dalam makanan
- Kurangkan
pengambilan alkohol
- Makan ubat seperti apa yang diarahkan oleh Pegawai
Perubatan.
- Amalkan
tabiat bersenam.
- Sentiasa
tenangkan fikiran.
- Buangkan
tabiat merokok.
- Buangkan amalan minum arak/alkohol.
Kriteria
Penyakit darah tinggi menurut Joint National Committee on Ditection (JNC-V)
No. Kriteria
|
Tekanan Darah (mmHg)
|
|
Sistolik
|
Diastolik
|
|
1.
|
<130
|
<85
|
2. Perbatasan/High
|
130-139
|
85-89
|
3. Hipertensi :
Peringkat 1 = ringan 140-159 90-99
Peringkat 2 = sedang 160-179 100-109
Peringkat 3 = berat 180-209 110-119
Peringkat 4 = sangat tinggi >210 >120
|
Gejala
Umum
Gejala yang timbul akibat menderita darah
tinggi tidak sama pada setiap orang. Hal ini disebabkan karna tekanan darah
seseorang bisa saja tinggi disatu saat karna faktor emosi dan hal ini sering
dikait-kaitkan bahwa orang yang sering marah kerana menderita darah tinggi.
Gejala yang umum dikeluhkan oleh penderita
tekanan darah tinggi adalah :
1.
Sakit kepala
2.
Rasa pegal dan tidak nyaman pada tengkuk
3. Perasaan
berputar dan serasa ingin jatuh
4.
Berdebar dan detak jantung terasa cepat
5.
Telinga berdenging.
No comments:
Post a Comment